PENYATA
RAZAK (1956)
1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan
dalam pilihan raya pada tahun 1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B
Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan
mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem pendidikan, dan laporan ini telah
dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan – cadangan penyata ini
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957)
2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata
Razak mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah :
a) Menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.
b) Mengeratkan perpaduan antara
kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
c) Mengembangkan sistem
pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
d) Menyediakan kemudahan
pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin,
terlatih, liberal dan progresif.
e) Mewujudkan system pengurusan
pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
f) Mewujudkan masyarakat yang
bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan progresif.
g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
memperkembangkan sistem pendidikan.
3.Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan
dalam sistem pendidikan. Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam
aspek – aspek berikut :
a) Penubuhan Jawatankuasa
i) Menteri Pelajaran
bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan dengan pelajaran menengah,
lathan guru dan merangka dasar pelajaran.
ii) Aspek tentang pelajaran
rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
iii) Jemaah Nazir Sekolah
ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola Sekolah untuk semua sekolah
b) Jenis sekolah dan penggunaan
bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk diwujudkan ialah :
i) Sekolah rendah persendirian
atau yang menerima bantuan yang sama
ii) Sekolah menengah persendirian
atau yang menerima bantuan yang sama.
iii) Satu sekolah menengah
kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua bangsa dan menggunakan sukatan serta
kurikulum yang sama.
iv) Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah dan menengah.
v) Sukatan pelajaran dan jadual
waktu yang sama diadakan untuk semua sekolah.
c) Peperiksaan
i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu
d) Latihan
i) Semua guru dilatih di bawah
rancangan latihan yang sama
ii) Pelajaran menengah lanjutan
dan sambilan juga diadakan.
iii) Pelajaran teknik disusun
semula mengikut keperluan.
4. Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang
diutarakan dalam Penyata Rzak diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
Kesan /
Implikasi Penyata Razak (1956)
Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata
Razak. Antaranya ialah :
1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis
jalan kea rah tertubuhnya satu sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat.
2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah
kebangsaan yang menggunakan kurikulum serta kokurikulum yang seragam.
3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat
pengajian tinggi dan aliran persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik,
akademik dan vokasional.
4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam
yang sama, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah
Melayu.
5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan
sistem pendidikan di sekolah, sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan.
6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan
menengah telah melahirkan beberapa buah institusi, iaitu:
a) Institusi Bahasa di Lembah
Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru – guru bahasa Melayu.
b) Dewan Bahasa dan Pustaka
berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan pengajiaan bahasa Melayu.
Reaksi
terhadap Laporan Razak
Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti
politik terhadap Laporan Razak. Antaranya ialah:
Pihak yang terlibat&Keterangan
Orang Melayu
- Tidak berpuas hati dan syak
wasangka terhadap kedudukan bahasa Inggeris di sekolah
- UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia
membahayakan kedudukan bahasa Melayu
Orang Cina
- Kesatuan Guru Sekolah Cina dan
akhbar Cina menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa objektif akhir
adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
Orang India
- Kesatuan Guru Sekolah Tamil
menentang kerana berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan terencat Parti
Politik
- Parti Agama Islam Semalaya
(PAS) menentang kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan bahasa
kebangsaan atau bahasa rasmi
- Tiada sebarang perakuan bahasa
taraf bahasa Inggeris akan diturunkan
- Malayan Chinese Association
(MCA) mengesa kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi negara dan
memberi layanan sama kepada semua sekolah Cina.
SELEPAS MERDEKA
LAPORAN
RAHMAN TALIB (1960)
1.Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai
oleh En. Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu.
2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor
– syor yang terkandung di dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu
kajian semula diadakan. Hasil daripada penyemakan inilah, maka Laporan Rahman
Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan kemudiannya dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran (1961)
PENYATA
RAHMAN TALIB
Pada tahun 1959,
sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B Encik
Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia
sebagai pengerusinya.
Tujuan perlantikan
jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan
sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya
dalam perlaksanaannya.
CADANGAN-CADANGAN
PENYATA RAHMAN TALIB
• Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatic
daripada 12 tahun kepada 15 tahun. • Untuk menampung semua murid sekolah rendah
masuk ke sekolah menengah, adalah dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil
Sekolah Pelajaran Lanjutan.
• Pihak Kementerian Pelajarfan (KPM) menganjurkan latihan
separuh masa selama tiga tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di
Sekolah Pelajaran Lanjutan.
• Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah rendah Jenis Umum
dicadangkan menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan.
• Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah
dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa
Kebangsaan.
• Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah
menengah yang tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
• Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961
dan peperiksaan Senior Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun
1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran.
• Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa
pengantarnya kepada bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi Sekolah
Menengan Persendirian.
• Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi
Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor.
• Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan
ini boleh menyertai Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ke tiga di
sekolah Menengah Teknik. Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus Diploma di
Maktab Teknik atau di Universiti Malaya.
• Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di
sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama
Islam.
• Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan
dimasukkan dalam Sukatan Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan
5. Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan
bagi darjah 1 hingga darjah 3.
• Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan.
• Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah
rancangan Penyata Razak (1957) adalah didapati kurang sesuaii dan mencadangkan
pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya.
• Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir
Persekutuan semasa menjalankan tugas penyeliaan mereka.
• Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan
diluluskan, kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sjak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi
pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta 1961 itu.
INTISARI
PENYATA RAHMAN TALIB 1960 DAN ORDINAN PELAJARAN 1961
• Permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar uama dan proses penukarannya mengikut satu jadual yang telah
ditentukan.
• Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja.
• Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik
untuk memenuhi keperluan tenaga maahir negara.
• Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral
di semua peringkat sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian
rakyat Malaysia
DASAR
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran
di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan
satu sistem pendidikankebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan
penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar
Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak1956 dan dimaktubkan
dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikanini telah disemak semula dalam tahun
1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talibini kemudian dimaktubkan
dalam Akta Pelajaran, 1961.Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan
dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula DasarPendidikan dengan tujuan
untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatan kuasa
ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Rasional
Sistem pendidikan di zaman
penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan,
pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia
rakyat pendatangdan keturunan mereka kepada negara asal merekadan
menekansuppress semangat pembangunan rakyattempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang
terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, iadi dapati tidak
lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi
menggubalsatu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai
untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri
Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan
dalam Pendahuluankepada AktaPelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran
seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan
satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial, ekonomi,dan politiknya..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,
KementerianPendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 danLaporan
RahmanTalib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah
berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakanoleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.Seterusnya, objektif-objektif
ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang
tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan
dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek
dan melahirkan masyarakatyang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.Falsafah
Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis
baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting system pendidikan kebangsaan
MATLAMAT
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN
PELBAGAI KAUM DAN ETNIK
Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas
kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu system pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagimemenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan
panjang,melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri danmemberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.