Monday 7 September 2015

DASAR-DASAR PENDIDIDKAN TAHAP AWAL

Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu :

1. Laporan Barnes (1950)

a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes
b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan
ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka
iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu

d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah :

i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

2. Laporan Fenn – Wu (1951)

a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu (Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu)
b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952)
d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah:

i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan.
ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan
iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

3. Ordinan Pelajaran (1952)

a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn – Wu.
b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan


4.Laporan Cheeseman

-Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, TimbalanPengarah Pendidikan pada tahun 1946.
-Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolahInggeris dan vernakularTahun : 1946
Cadangan :

1. Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalamsemua bahasa pengantar.
2. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dantinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.


3. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

RUMUSAN

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini.

No comments:

Post a Comment