Monday 7 September 2015

MALAYSIAN STUDIES




       MALAYSIAN STUDIES


REKA BENTUK
&
KOMUNIKASI
DUV1012: PENGAJIAN MALAYSIA

PUAN FATMA ADNI 


TAJUK: PENDIDIKAN DI MALAYSIA






    AHLI KUMPULAN:


    • MUHAMMAD ZAIDI BIN ABD HARIS (19DRG15F1015)
    • MOHAMAD SUFI BIN MUSBAN (19DRG15F1027)          
    • AFIQAH BINTI AZAHAR (19DRG15F1059)                       
    • AMIRAH AQILAH BINTI MOHAMAD FIRDAUS (19DRG15F1007)                    

    SISTEM PENDIDIKAN

    SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

    Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris 
    (1800 hingga 1956)

    Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama (Madrasah). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama. Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu pemerintahan Jepun (1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.

        Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula


    DASAR-DASAR PENDIDIDKAN TAHAP AWAL

    Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu :

    1. Laporan Barnes (1950)

    a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes
    b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
    c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

    i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan
    ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
    iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka
    iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu

    d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah :

    i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
    ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

    2. Laporan Fenn – Wu (1951)

    a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu (Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu)
    b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
    c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952)
    d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah:

    i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan.
    ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan
    iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

    3. Ordinan Pelajaran (1952)

    a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn – Wu.
    b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
    c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan


    4.Laporan Cheeseman

    -Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, TimbalanPengarah Pendidikan pada tahun 1946.
    -Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolahInggeris dan vernakularTahun : 1946
    Cadangan :

    1. Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalamsemua bahasa pengantar.
    2. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dantinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.


    3. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

    RUMUSAN

    Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini.

    SISTEM PENDIDIKAN

    ·        Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
    utama.
    ·        Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
    bagi semua jenis sekolah.
    ·        Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
    ·        Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
    ·        Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
    ·        Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
    ·        Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
    mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
    ·        Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada  tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
    ·        Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
    penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
    ·        Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
    peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
    ·        Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
    ·        Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
    pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
    ·        Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
      seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

    Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa 

    DASAR-DASAR PENDIDIDKAN PERINGKAT KEDUA


    PENYATA RAZAK (1956)

    1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun 1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan – cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957)
    2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah :

    a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.
    b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
    c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
    d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
    e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
    f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan progresif.
           g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan. 


    3.Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut :

    a) Penubuhan Jawatankuasa

    i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan dengan pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran.
    ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.
    iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola Sekolah untuk semua sekolah

    b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk diwujudkan ialah :

    i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama
    ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama.
    iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua bangsa dan menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama.
    iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah dan menengah.
    v) Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua sekolah.

    c) Peperiksaan

    i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu
    d) Latihan
    i) Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama
    ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan.
    iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.

    4. Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata Rzak diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

    Kesan / Implikasi Penyata Razak (1956)

    Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata Razak. Antaranya ialah :

    1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan kea rah tertubuhnya satu sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat.
    2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan kurikulum serta kokurikulum yang seragam.
    3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat pengajian tinggi dan aliran persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional.
    4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu.
    5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem pendidikan di sekolah, sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan.
    6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah telah melahirkan beberapa buah institusi, iaitu:

    a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru – guru bahasa Melayu.
    b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan pengajiaan bahasa Melayu.

    Reaksi terhadap Laporan Razak

    Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti politik terhadap Laporan Razak. Antaranya ialah:

    Pihak yang terlibat&Keterangan

    Orang Melayu

    - Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan bahasa Inggeris di sekolah
     - UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia membahayakan kedudukan bahasa Melayu
    Orang Cina

    - Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
    Orang India

    - Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan terencat Parti Politik
    - Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi
    - Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan
    - Malayan Chinese Association (MCA) mengesa kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi negara dan memberi layanan sama kepada semua sekolah Cina.


    SELEPAS MERDEKA

    LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

    1.Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu.
    2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor – syor yang terkandung di dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961)

    PENYATA RAHMAN TALIB

        Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia sebagai pengerusinya.
        Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya dalam perlaksanaannya.

    CADANGAN-CADANGAN PENYATA RAHMAN TALIB

    • Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatic daripada 12 tahun kepada 15 tahun. • Untuk menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah, adalah dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan.
    • Pihak Kementerian Pelajarfan (KPM) menganjurkan latihan separuh masa selama tiga tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan.
    • Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah rendah Jenis Umum dicadangkan menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
    • Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan.
    • Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
    • Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan peperiksaan Senior Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
    • Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi Sekolah Menengan Persendirian.
    • Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor.
    • Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan ini boleh menyertai Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ke tiga di sekolah Menengah Teknik. Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya.
    • Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam.
    • Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam Sukatan Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5. Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan bagi darjah 1 hingga darjah 3.
    • Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan.
    • Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata Razak (1957) adalah didapati kurang sesuaii dan mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya.
    • Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa menjalankan tugas penyeliaan mereka.
    • Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sjak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta 1961 itu.

    INTISARI PENYATA RAHMAN TALIB 1960 DAN ORDINAN PELAJARAN 1961

    Permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar uama dan proses penukarannya mengikut satu jadual yang telah ditentukan.
    • Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja.
    • Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan tenaga maahir negara.
    • Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat Malaysia

    DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Latarbelakang

    Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikankebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikanini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talibini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula DasarPendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatan kuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

    Rasional

    Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatangdan keturunan mereka kepada negara asal merekadan menekansuppress semangat pembangunan rakyattempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, iadi dapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubalsatu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri

    Objektif

    Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluankepada AktaPelajaran, 1961, iaitu:
    "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial, ekonomi,dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, KementerianPendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 danLaporan RahmanTalib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakanoleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakatyang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan

    MATLAMAT

    DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ADALAH UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK

    Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu system pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagimemenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang,melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri danmemberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.



    JENIS-JENIS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia semakin pesat berkembangan mengikut peredaran masa. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga peka dengan perubahan alam pendidikan dan mengaplikasikan system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global.

    RUJUKAN

    1. Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publication Sdn Bhd.
    2. Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia. Internet:
    3. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1057:sejarah- pendidikan-di-malaysia&catid=36:mengenai-pendidikan